Monday, April 13, 2009

..::Jalan-jalan, Sem 4 (Episod III)::..


Beberapa minggu yang lalu, aku dan rakan-rakanku berpeluang pergi mandi manda di Air terjun Sagil Gunung Ledang. Pada mulanya, kami membuat perancangan utk ke sana selepas gian untuk berenang. kebetulan, rakan sekelasku, Nadia jugak mengajak kami ke situ. Akhirnya, pada hari jumaat, kitorg pun ke sana lah bersama beberapa org rakan sekelas kami. Sampai je kat sane, Syira ajak kitorg ke tempat yang agak tinggi untuk mandi. Tibe di tempat tu, Hati ni dah x sabar2 lagi dah untuk berenang disitu. Sementara nad and beberapa budak lain sibuk menyediakan tempat untuk BBQ, aku, Fiza, Ika n Eja awal2 lagi dah turun untuk mandi. air die.. Sungguh sejuk dan nyaman. jernih pulak tuh. Nampak anak2 ikan berenang dalam tu. Patutula sewaktu dalam perjalanan kesitu, aku terlihat ade budak kecil ni membawa tangguk waktu mandi disitu. untuk menangkap ikan rupenye.. dekat air terjun ni juga kitorg cube untuk mengapungkan diri. Dan hasilnya... Berjaya! huhu..Kami berenang sambil bermain2 dengan anak ikan. Apabila lapar, kami naik ke tebing untuk makan makanan yang di bawa oleh nad.

Nazrul dan Naswan tiba kemudiannya. bermula lah sesi BBQ. Ika pn membawa keluar kek yang dibawa untuk sama2 meraikan hari jadinya di situ. Kami menyanyikan lagu happy beday dan makan2 di tebing situ. Kemudian, kami sambung semula sesi mandi manda. Aku berasa seronok apabila ade anak2 ikan datang dan mengigit kakiku sewaktu duduk di atas batu berhampiran dengan air. Walaupun pada mulanya agak geli, tapi kemudian ianya sungguh best. terasa seperti membuat treatment kaki pulak. hahaha.. Lewat petang, barulah kami pulang ke rumah. Best juge sekali2 merehatkan diri dengan pergi bercuti ye.. huhu..


No comments:

Post a Comment

KaMoo!! ContenG Skeyt Mehh ☂