Monday, April 13, 2009

..::Jalan-jalan, Sem 4 (Episod I)::..

Hahaha... baru ni je aku berkesempatan utk tulis dlm blog aku nih all the kisah aku g cuti2 malaysia waktu sem 4. Agak ketinggalan dan terlambat kan? Maklumlah, sebelum ni agak sukar untuk aku mencari masa berkongsi cerita-cerita n pengalaman terbaru. kekangan masa dan ruang sering membantutkan niatku untuk menulis dengan panjang lebar dalam blog ni. cerita jalan2 ku semester 4 ni bermula sejak awal sem lagi. Agak banyak jugak tempat yang aku berjalan. ke Melaka and JB je dah 2 kali. Pastu ke Teluk C pule di Kota Tinggi. Beberapa minggu yang lepas, sempat bermandi -manda di Air terjun Sagil, Gunung Ledang. walaupun major presentation, test and asgmnt melambak-lambak. Wahh... memang menyeronokkan.. Antara sebab kenapa aku x sabar2 bile startnye semester baru perkuliahan adalah ini... BOLEH G MELANCONG... huhuhu.. (^_^)
Di Melaka, DPMP dah macam biasa bagi aku. tempatnya dah semacam familiar bg aku. Waktu pergi melaka ngan eja n fiza, Melaka central pn bole jadi tempat shopping. Actually, aku dan fiza ke melaka sebab family eja ada buat makan2 sempena birthday eja, mira n abg eja, si taib. best gaxlah. Macam 2 kami makan. Petang tu, aku n fiza pegi ke kolam sebelah umah eja. kami duduk berborak2 n kunun2nye memancing disitu. sempat jugak kami mengambil gamba di sekitar situ. Sebelah malamnya pulak, kitorg pegi ke Eyes on Malaysia.. Wah!! besar sungguh.. waktu kitorg pergi tu, org x berapa ramai. so kami berpeluang mengambil gamba banyak2 disitu.. huhuhu..
In about 12 midnight, kitorg ke Everlast Hotel pulak sbb eja kne amik online quiz managerial eco yang die x sempat buat. Sementara eja buat quiz nye tu, aku n fiza berjalan-jalan di sekitar hotel. Hotel tu mengadap laut. so dapatlah kitorg melihat org2 memancing di tepi laut pada waktu malam. Memang tenang sungguh keadaan di situ. Esoknya pulak, kami ke rumah Ika di kampung melekek alor gajah. kakak ika pulak buat sambutan hari jadi. Kali ni, kami makan lontong beserta kek buah.. sedap btoll.. kitorg pn amik kesempatan ni untuk berkenalan ngan semua ahli keluarga ika memandangkan inilah kali pertama kamiberjumpa ngan family die. Tengaharinya pule, selepas pegi ke umah ika, aku mengajak eja n fiza g melihat kampus UiTM Lendu di melaka. Hmm.. boleh tahan jugak kampus die. Akhirnya, kami pulang ke segamat pada waktu petang. kami tiba kira-kira pukul 7 petang..

Ni la Eyes On Malaysia kat Melaka tu..


hehe.. sempat lagi posing..


Wit them al..


~At Everlast Hotel~

No comments:

Post a Comment

KaMoo!! ContenG Skeyt Mehh ☂