Monday, April 13, 2009

..::Jalan-jalan, Sem 4 (Episod II)::..

Sambungan kisah cuti2 Malaysia ku pada part 4 ni bermula di Johor bahru. Aku, Mas, dan ika berkesempatan mengikut fiza balik ke Jb. Semuanya gara2 kitorg x saba nak ke teluk c. Sampai je di Jb, dalam pukul 2 ptg kitorg terus ke Plaza Angsana. Untuk ape?? mestilah shopping... huhuhu=P Pastu sempat jugak kitorg berkaraoke 10 buah lagu. hihi.. Malam tu pulak, kitorang ke Pantai Lido yang berhampiran dengan Danga Bay. Kat situ, member kitorg, Hizafiq, belanja makan steamboat.. Wah! Syiok btol... Akibatnya, aku lah org petama yang sampai kat rumah fiza, lepas mandy sume terus pengsan x sedakan diri akibat kepenatan.

keesokkan harinya pulak adalah hari yang amat2 ditunggu. Kami akan ke teluk C di Kota Tinggi. Kami sampai dalam kul 3ptg. Lepas je minum petang, kami trus turun ke laut untuk mandi manda. Aku pada mulanya agak takut untuk ke tengah laut. Siap bawak pelampung besar lagi tuh. tapi.. after dah kenyang minum air laut yang masin, aku dah jadi berani dah. Aku dah mula pandai mengimbangkan diri di laut. aku mengapungkan diri mengadap langit. Pelampung pn dah hilang entah kemana. Seronok betul.. aku dah bole berenang dah. akibat terlalu leka bermain air, kami naik ke darat bile dah maghrib hampir tiba. Mlm tu pulak, kami sama2 bakar otak-otak kempas. Perghh.. sedap btul... mmg favorite aku tuh.. Sambil bakar2 kitorg bergelak ketawa sambil menyanyi2.. Keletah si Najihah dan kakaknye Sha yang suka engusik ika juga membuatkan kami x kering gusi untuk ketawa. Kami hanya telelap kira-kira pukul 3 pagi.

Keesokkan harinya, awal2 pagi lagi kami dahh turun ke laut untuk sambung mandi manda. Kali ni, aku belajar berenang pula. Pada awalnya langsung x bergerak. Akhirnya, lps Fiza ajar cara berenang yang betul, aku bejaya jugak. Ni merupakan satu kepuasan bagiku. Aku semakin mencintai laut. Pukul 11 pagi baru kami berhenti. Tengaharinya, kami pun pulang semula ke JB.

Di Jb, adik sepupuku mengambilku di Perling Mall. Kami kemudian ke rumah makcikku di Taman Perling. Sebelah petangnya pula, Kami ke Danga Bay kerana Pakcik Din ku mendapat undangan bermain kompang untuk sepasang pengantin yang akan berkahwin di atas cruiser di Danga bay. Malamnye, kami ramai2 makan di Marry Bwown. Dalam kul 12 midnight, Pakcik dan Makcik ku mengajak kitorg balik ke kampung di Pekan Nenas Pontian. Kami sampai dalam pukul 1.

Esoknya.. Tibalah hari untuk aku balik semula ke segamat. Tapi sebelum tu, sempat lagi singgah di angsana untuk shopping.. haha.. memang x leyh blah... tapi... Cuti kali ni sangat menyeronokkan kerana aku dah temui hobi baru iaitu Berenang.. Huhuhu(^_^)


Bersama rakan-rakan di Danga Bay


::ME::


Wiee~


Sempat lagi kami posing2 di tepi pantai.. huhu(^_^)




No comments:

Post a Comment

KaMoo!! ContenG Skeyt Mehh ☂