Thursday, April 16, 2009

.::BaWaNG CheNTa??::.



Alkisahnya..
Semalam... waktu ku nak masak memasak di dapur,
waktu ngah kopek mengopek bawang,
terlihat lah aku pada seketol bawang yang agak uniq bentuknye..
Tu haa... Bentuk "LOVE".. santek kn?
aku pn kopek la bawang tu.. besar plak tu..
x sampai nye hati ku nak mayang nye menjadi rencah masakan..
aduhh~ Bukan senang nak jumpe bawang bentuk hati.
Nak ku simpan, kecot plak nanty.. hahaha..
Makan jela~


Tuesday, April 14, 2009

:: Bile Aku Berkata-kata ::

Bile orang kata "Ya"
Aku kata "Tak!"

Bile orang kata "Jom.."
Aku kata "Nantilah.."

Bile orang kata "Apelah ko ni.."
Aku kata "Sukati akulah.."

Bile orang kata "Thanks"
Aku kata "That's my job"

Bile orang kata "Asal ko berubah eh?"
Aku kata " Saje je nak tukar stail..."

Bile orang kate "Bagus.."
Aku kate " Well... you know me..."

Bile orang kata "ade lagi?"
Aku kata " dah cukup-cukup lah tu.. banyak cantik nak lebey.."

Bile orang dah mule tak berkata-kata
Aku kata " Woiii!! Tido ke? Bangunlah..."


Wahaha.. Peace..

Bile kuku tercabot...

Bile kuku tercabot...
Mule2 x perasan
After rase cam ngilu2
and rase cam kebas-kebas
baru nampak jari bedarah
adoiyaii... kuku tercabot..
seb baek separuh je..
Tu la.. beguraw lagi..
kan da kene..
ni ngan seseme lagi..
aiyaaa... ape nak jadi nih???


MyEm0.com

Monday, April 13, 2009

:: Study Week bermula::

Yup! Study week dah start.. Aku awal2 lagi dah balik rumah hari khamis hari tu dengan Nad. Bile study week dah start, means Final exam dah semakin hampir.. Dah bersediakah aku? Owhhh tidak.... tibe-tibe dadaku bedegup dengan sangat laju.. Bedebar betul nak final sem nih.. banyak lagi yang aku blom cover.. well planner diperlukan saat nih. Subjek2 yang memerlukan hafalan dan kefahaman perlu di atur harinya untuk menghafaz agar kepala ni x berserabut nanti. Manakala subjek cam Managerial economy tu kne banyak wat latihan. Cuti selama seminggu ni kene di manfaatkan sebaik mungkin. Lana Chaiyoo!!!

..::Jalan-jalan, Sem 4 (Episod III)::..


Beberapa minggu yang lalu, aku dan rakan-rakanku berpeluang pergi mandi manda di Air terjun Sagil Gunung Ledang. Pada mulanya, kami membuat perancangan utk ke sana selepas gian untuk berenang. kebetulan, rakan sekelasku, Nadia jugak mengajak kami ke situ. Akhirnya, pada hari jumaat, kitorg pun ke sana lah bersama beberapa org rakan sekelas kami. Sampai je kat sane, Syira ajak kitorg ke tempat yang agak tinggi untuk mandi. Tibe di tempat tu, Hati ni dah x sabar2 lagi dah untuk berenang disitu. Sementara nad and beberapa budak lain sibuk menyediakan tempat untuk BBQ, aku, Fiza, Ika n Eja awal2 lagi dah turun untuk mandi. air die.. Sungguh sejuk dan nyaman. jernih pulak tuh. Nampak anak2 ikan berenang dalam tu. Patutula sewaktu dalam perjalanan kesitu, aku terlihat ade budak kecil ni membawa tangguk waktu mandi disitu. untuk menangkap ikan rupenye.. dekat air terjun ni juga kitorg cube untuk mengapungkan diri. Dan hasilnya... Berjaya! huhu..Kami berenang sambil bermain2 dengan anak ikan. Apabila lapar, kami naik ke tebing untuk makan makanan yang di bawa oleh nad.

Nazrul dan Naswan tiba kemudiannya. bermula lah sesi BBQ. Ika pn membawa keluar kek yang dibawa untuk sama2 meraikan hari jadinya di situ. Kami menyanyikan lagu happy beday dan makan2 di tebing situ. Kemudian, kami sambung semula sesi mandi manda. Aku berasa seronok apabila ade anak2 ikan datang dan mengigit kakiku sewaktu duduk di atas batu berhampiran dengan air. Walaupun pada mulanya agak geli, tapi kemudian ianya sungguh best. terasa seperti membuat treatment kaki pulak. hahaha.. Lewat petang, barulah kami pulang ke rumah. Best juge sekali2 merehatkan diri dengan pergi bercuti ye.. huhu..


..::Jalan-jalan, Sem 4 (Episod II)::..

Sambungan kisah cuti2 Malaysia ku pada part 4 ni bermula di Johor bahru. Aku, Mas, dan ika berkesempatan mengikut fiza balik ke Jb. Semuanya gara2 kitorg x saba nak ke teluk c. Sampai je di Jb, dalam pukul 2 ptg kitorg terus ke Plaza Angsana. Untuk ape?? mestilah shopping... huhuhu=P Pastu sempat jugak kitorg berkaraoke 10 buah lagu. hihi.. Malam tu pulak, kitorang ke Pantai Lido yang berhampiran dengan Danga Bay. Kat situ, member kitorg, Hizafiq, belanja makan steamboat.. Wah! Syiok btol... Akibatnya, aku lah org petama yang sampai kat rumah fiza, lepas mandy sume terus pengsan x sedakan diri akibat kepenatan.

keesokkan harinya pulak adalah hari yang amat2 ditunggu. Kami akan ke teluk C di Kota Tinggi. Kami sampai dalam kul 3ptg. Lepas je minum petang, kami trus turun ke laut untuk mandi manda. Aku pada mulanya agak takut untuk ke tengah laut. Siap bawak pelampung besar lagi tuh. tapi.. after dah kenyang minum air laut yang masin, aku dah jadi berani dah. Aku dah mula pandai mengimbangkan diri di laut. aku mengapungkan diri mengadap langit. Pelampung pn dah hilang entah kemana. Seronok betul.. aku dah bole berenang dah. akibat terlalu leka bermain air, kami naik ke darat bile dah maghrib hampir tiba. Mlm tu pulak, kami sama2 bakar otak-otak kempas. Perghh.. sedap btul... mmg favorite aku tuh.. Sambil bakar2 kitorg bergelak ketawa sambil menyanyi2.. Keletah si Najihah dan kakaknye Sha yang suka engusik ika juga membuatkan kami x kering gusi untuk ketawa. Kami hanya telelap kira-kira pukul 3 pagi.

Keesokkan harinya, awal2 pagi lagi kami dahh turun ke laut untuk sambung mandi manda. Kali ni, aku belajar berenang pula. Pada awalnya langsung x bergerak. Akhirnya, lps Fiza ajar cara berenang yang betul, aku bejaya jugak. Ni merupakan satu kepuasan bagiku. Aku semakin mencintai laut. Pukul 11 pagi baru kami berhenti. Tengaharinya, kami pun pulang semula ke JB.

Di Jb, adik sepupuku mengambilku di Perling Mall. Kami kemudian ke rumah makcikku di Taman Perling. Sebelah petangnya pula, Kami ke Danga Bay kerana Pakcik Din ku mendapat undangan bermain kompang untuk sepasang pengantin yang akan berkahwin di atas cruiser di Danga bay. Malamnye, kami ramai2 makan di Marry Bwown. Dalam kul 12 midnight, Pakcik dan Makcik ku mengajak kitorg balik ke kampung di Pekan Nenas Pontian. Kami sampai dalam pukul 1.

Esoknya.. Tibalah hari untuk aku balik semula ke segamat. Tapi sebelum tu, sempat lagi singgah di angsana untuk shopping.. haha.. memang x leyh blah... tapi... Cuti kali ni sangat menyeronokkan kerana aku dah temui hobi baru iaitu Berenang.. Huhuhu(^_^)


Bersama rakan-rakan di Danga Bay


::ME::


Wiee~


Sempat lagi kami posing2 di tepi pantai.. huhu(^_^)




..::Jalan-jalan, Sem 4 (Episod I)::..

Hahaha... baru ni je aku berkesempatan utk tulis dlm blog aku nih all the kisah aku g cuti2 malaysia waktu sem 4. Agak ketinggalan dan terlambat kan? Maklumlah, sebelum ni agak sukar untuk aku mencari masa berkongsi cerita-cerita n pengalaman terbaru. kekangan masa dan ruang sering membantutkan niatku untuk menulis dengan panjang lebar dalam blog ni. cerita jalan2 ku semester 4 ni bermula sejak awal sem lagi. Agak banyak jugak tempat yang aku berjalan. ke Melaka and JB je dah 2 kali. Pastu ke Teluk C pule di Kota Tinggi. Beberapa minggu yang lepas, sempat bermandi -manda di Air terjun Sagil, Gunung Ledang. walaupun major presentation, test and asgmnt melambak-lambak. Wahh... memang menyeronokkan.. Antara sebab kenapa aku x sabar2 bile startnye semester baru perkuliahan adalah ini... BOLEH G MELANCONG... huhuhu.. (^_^)
Di Melaka, DPMP dah macam biasa bagi aku. tempatnya dah semacam familiar bg aku. Waktu pergi melaka ngan eja n fiza, Melaka central pn bole jadi tempat shopping. Actually, aku dan fiza ke melaka sebab family eja ada buat makan2 sempena birthday eja, mira n abg eja, si taib. best gaxlah. Macam 2 kami makan. Petang tu, aku n fiza pegi ke kolam sebelah umah eja. kami duduk berborak2 n kunun2nye memancing disitu. sempat jugak kami mengambil gamba di sekitar situ. Sebelah malamnya pulak, kitorg pegi ke Eyes on Malaysia.. Wah!! besar sungguh.. waktu kitorg pergi tu, org x berapa ramai. so kami berpeluang mengambil gamba banyak2 disitu.. huhuhu..
In about 12 midnight, kitorg ke Everlast Hotel pulak sbb eja kne amik online quiz managerial eco yang die x sempat buat. Sementara eja buat quiz nye tu, aku n fiza berjalan-jalan di sekitar hotel. Hotel tu mengadap laut. so dapatlah kitorg melihat org2 memancing di tepi laut pada waktu malam. Memang tenang sungguh keadaan di situ. Esoknya pulak, kami ke rumah Ika di kampung melekek alor gajah. kakak ika pulak buat sambutan hari jadi. Kali ni, kami makan lontong beserta kek buah.. sedap btoll.. kitorg pn amik kesempatan ni untuk berkenalan ngan semua ahli keluarga ika memandangkan inilah kali pertama kamiberjumpa ngan family die. Tengaharinya pule, selepas pegi ke umah ika, aku mengajak eja n fiza g melihat kampus UiTM Lendu di melaka. Hmm.. boleh tahan jugak kampus die. Akhirnya, kami pulang ke segamat pada waktu petang. kami tiba kira-kira pukul 7 petang..

Ni la Eyes On Malaysia kat Melaka tu..


hehe.. sempat lagi posing..


Wit them al..


~At Everlast Hotel~

Sunday, April 5, 2009

::My Plan for Today::

Just wanna sharing what i've planned to do today:



  • Basuh all my dirty clothes (oh my... in about 1 week x basuh baju. aiyakk... ape nak jadi ni.. Test week punye pasal la niii)


  • kemas n sapu my bed room (environment clean baru senang ilmu nak masuk otak.. kan?? kan??)


  • mandy wangy2... HuHuHu=P (I Luv to do that..)


  • Kuwa with mama atiq to find and buy barang2 utk presentation sales tomorrow. (Hopefully our Ice Cream Malaysia fruity jadila..)


  • Repair my sony walkman phone ( Seriously sedey sangat hp tu can't play walkman function. Nape la bleyh jadi camtu ek??)


  • do my online Managerial Economic Quizes. (tanak cam banyak la pulak kene buat kan... dari quiz 17 sampai 28. Aiyakk...)


  • Cari journal marcom and buat report. (baru nak carik? huhu.. apedaa..)makan~~ (wuhh.. fevret2)

Hopefully all my plan berjalan dengan lancar.. Aja! aja! Fighting! Lana can do it!!

::Hari Yang Endah~::



Selamat pagy sume.. Hari ahad yang Indah muncul lagy.. hati ni senang bangat.. Huhu~ Aku bangun tdo dengan kesegarannya.. actually, x tdo pn. Just bangun tdo bangun tdo. Semalam after modul, sampai je rumah trus pengsan. Dari pukul 3 sampai kul 7. Huishh... mmg x seda langsung. hari ujan pun mamai2 je tgk luwa. huhuhu..=P Akibatnya..... malam xleyh tdo. just tdo sejam setengah, kul 2 sampai kul 3.30pagi.




Semalam, kat UiTM ade modul ijazah 4. Pengisiannya berbentuk kerjaya selepas graduat. Kalaw nak diikutkan, yang sebenarnya modul dah abes dah. tapi, untuk sem ni ade pulak tambahan modul. And seperti biase, semua pelajar part 4 and segelintir pelajar part 5 dikehendaki menghadirinya. sepanjang sesi modul, ceramah diberikan oleh dua org fasilitator. Sesi pertama, oleh kauselor UiTM. Beliau membicangkan fenomena penggangguran yang semakin meruncing dikalangan siswazah. Hurmm... memang menakutkan. Tambahan pulak, ekonomi dunia skarang tengah x stabil. Banyak company yang buang pekerja. And x kurang jugak yang membuat pelbagai strategi untuk menjaga kebajikan pekerjanya. Antara yang mengemukakan strategy, CIMB bank. Mereka menawarkan cuti tanpa gaji kepada pekerja-pekerjanya in about 6 month kalaw x silap. Tapi, bile difikirkan balik, ape pekerja2 yang cuti tu nak makan kalaw x keje? alamatnye mati kering la diorang nanti. Satu kelemahan yang aku kenal pasti dalam sesi pertama ni adalah, ketidaksediaan penceramahnya. Beliau mempunyai banyak cerita dan info yang ingin dikongsi bersama. Tapi, beliau mungkin x cukup bersedia kot. Info2 seperti slide show and gamba berterabur. Kan lebey baik kalaw sume benda yang ingin dikongsi bersama pelajar disusun dalam satu folder. Penyampaian dan persembahan akan lebih menarik dan sempurna. Hopefully benda ni x jadi lagi di masa-masa akan datang.




Waktu rehat, cam biasa, semua pelajar diprovidekan dengan sarapan pagi. well~ macam biasa, perut nih memang x cukup ngan 1 mee. aku pun amek la lagi satu mee goreng. ikin kate, aku ni x padan kurus. Tapi makan banyak. wahaha... Sesi ceramah ke-2 bermula agak lewat. kali ni penceramah jemputan daripada alumni UiTM. beliau skarang merupakan seorang consultant. aku berpindah daripada tempat duduk belakang ke tengah masjid. Malangnye, kedudukanku x strategik sangat. Hanya dapat tengok separuh slide show kat depan. kali ni topic camne nak berhadapan ngan interviewer. penyampaian untuk slot ni agak bosan. Mungkin sebab tu kot ramai pelajar terutamanya pelajar lelaki awal2 lagi dah menghilangkan diri. hurmm.. memang x boleyh blah..




Balik semula pada ceritaku pada hari ni... Aku bangun awal pagy ni. Kul 4, aku dah turun bawah. Perkara pertama yang aku lakukan, adalah basuh baju.. baru aku sedar, betapa banyaknye baju x basuh lagi. Ni semua gara-gara minggu yang agak sibuk minggu lepas. Akibatnya, pukul 6 baru habes cuci sume baju. Dengar je azan, aku pn sembahyang lah subuh. Lepas tu kejut mama skali. Kul 6.30 pagy, hari dah semakin cerah. aku pun sidai la baju.. wahh.. penuh sungguh ampaian.. Jiran2 rumah pun semua dah bangun. apek sebelah rumah pun sangat rajen bersenam pagy2. Awalnya, aku pun bercadang untuk berjogging. Tapi niat tu terbatal sebab xde kawan. diorang sume masih tdo lagi. Pastu, mulela sesi kemas mengemas bilik.. wahhhhhhh!!! bilik aku dah jadi sangat santek.. kemas taw.. baru la ade mood nak study kaw2.. huhuhu(^_^)