Sunday, May 23, 2010

X layan AF8. Tapi tengok jugak. Bole??

Salam. AF 8 dah habis kn? Ye, semalam la final dia. Memang x penah tengok pun AF8 sebelum ni. Semalam waktu final baru tengok. Bole x macam tu? Hahaha.. Semalam la baru nak kenal dengan student2 final die. Boleh tahan.. Neway, if di comparekan dengan AF7 punye final, aku lebih suke final AF8 kot. Kenapa? sebabnya lagu2 dia asyik! and ade Umpphh.. ye, ade Ummmphh.. Performances diorang pun okay. Bole layan. And diorang sangat2 la beruntungnya dapat lagu yang sedap2 dari KRU. Single pelajar2 AF8 kebanyakannya sume bole masuk dgn jiwa aku la.. Lagu yang best bagi aku of coz la Shahir, Kebahagiaan Dalam Perpisahan. And X kurang hebatnye lagu Maulana, RSVP. Asek teringat je lagu diorang tuh. Lagu shahir tu aku minat bab korus die. Asyik kowt!... Abes je final semalam aku terus browse kat Youtube carik lagu tu n salin lirik die. Hahaha.. gile x gile aku ni. Nah.. Nak share dengan korang.



Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerana lantang terbaca dari muka

Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih?


Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan


Tiap titis airmata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam

Kerana cuba menafi realiti


* Ulang Chorus balik k..

Best kn lagu tu?? Memang layan la.. Lagu RSVP pun sangat asyik bagi aku. Walaupun irama dia kearah jazz, tapi kena dgn jiwa la. Lagu Daus, Iwan n Adira pun Ok. Cume bagi aku, lagu Adira tu lebih kepada lagu untuk carry message sama cam Voice of Tomorrow. Kan? Kan? hehe.. Ape2 pun, KRU memang terBaeklah.. Chowzz~

No comments:

Post a Comment

KaMoo!! ContenG Skeyt Mehh ☂