Jika bercakap tentang coklat, saya akan menjadi terlalu obses. Ya! Saya memang penggemar coklat. Bagila saya apa sahaja jenis coklat, terutamanya coklat Cadbury Hazelnut, saya akan tersenyum sepanjang hari. Saya akan menikmatinya dengan kepuasan yang tidak terhingga. Sekiranya saya tidak makan nasi sepanjang hari pun, saya tidak kisah. Cukuplah sekadar satu bar coklat berada di dalam tas tangan saya. Kawan-kawan saya pun berasa cukup pelik dengan kegilaan saya ini. Malah, ada yang berasa pelik kerana walaupun saya gemar makan coklat, namun berat badan saya masih seimbang. Sebenarnya, secara saintifik, ramai saintis telah membuktikan bahawa dengan memakan coklat, seseorang itu tidak akan menjadi gemuk sekiranya bijak mengawal pengambilannya. Malah, kajian telah menunjukkan bahawa dengan memakan coklat, ia akan menjadikan pengambilnya berasa ceria dan gembira. Selain itu, ia juga baik untuk jantung. Malah, menurut sebuah akhbar baru-baru ini, seseorang yang makan coklat akan menikmati kepuasan dan kegembiraan yang lebih lama berbanding apabila mereka bercium dengan pasangannya. Nah! Ini secara jelas menunjukkan bahawa pengambilan coklat dengan seimbang dapat membawa 1001 kebaikan kepada penggemarnya. Jadi tidak hairanlah kenapa saya boleh terjebak dalam kegilaan coklat.
Saya masih ingat lagi sewaktu kecil-kecil dahulu, emak sering kali membeli coklat untuk saya apabila pulang dari pasar. Saya akan mengambilnya dari peti sejuk. Mungkin inilah penyebabnya bagaimana saya boleh menjadi penggila coklat. huhu(^_^)
Saya masih ingat lagi sewaktu kecil-kecil dahulu, emak sering kali membeli coklat untuk saya apabila pulang dari pasar. Saya akan mengambilnya dari peti sejuk. Mungkin inilah penyebabnya bagaimana saya boleh menjadi penggila coklat. huhu(^_^)
cOKlat tu tanda cinta..
ReplyDelete