Tuesday, March 15, 2011

Serabut~

Aku sesak..
dalam nafas yang panjang

Aku rimas
dalam ribut yang kabut

Aku penat
dengan larian yang tak pernah berhenti

Aku semput
mengejar bayang-bayang yang tak kelihatan

kenapa harus wujud perasaan yang sukar di mengertikan?
kenapa harus wujud kerisauan yang menyesakkan?
kenapa harus wujud kegelisahan yang meletihkan?

Aku ibarat
berada dalam lorong yang gelap
di depannya terdapat banyak lorong
lorong yang tak pasti untuk diredahi
adakah terdapat cahaya kegembiraan
atau kesedihan yang terpaksa di tempuhi

Aku berlari  perlahan-perlahan
ku congak satu-satu butir larianku
Aku melangkah kejap-kejap
mengatur langkah dengan hati-hati
Aku mendongak ke hadapan
berharap sinar suria menantiku untuk hari esok

Namun...
Seandainya aku terpaksa bertatih sebelum berlari
Aku redha..
kerna Aku tahu
disebaliknya terlindung seribu satu rahmat Ilahi yang tersembunyi..

5 comments:

  1. finally!!!
    nice entri saya suka...

    ReplyDelete
  2. Tok Yum.. lajunye comment.. nice entry ya? haha... anyway, thanks=) rasa da lama gile x conteng belog nih.. terabai kejap.. sian belog..hee=D

    ReplyDelete
  3. Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

    Thanks!
    Hailey

    ReplyDelete

KaMoo!! ContenG Skeyt Mehh ☂