Thursday, March 26, 2009

::Jom Ramai-Ramai.. Earth Hour (sejam utk bumi)::


Earth Hour (Sejam untuk Bumi) merupakan acara tahunan antarabangsa yang dicadangkan oleh WWF (World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund) yang disambut pada setiap hari Sabtu pada akhir bulan March setiap tahun, yang mencadangkan agar isirumah dan orang ramai supaya menutup lampu dan kegunaan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam bagi memberi kesedaran kepada kita semua dalam menjaga dan memelihara alam sekitar. Mula diperkenalkan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada tahun 2007 dan telah mencapai penyertaan dari banyak negara pada tahun 2008. Earth Hour akan berlangsung seterusnya pada hari Sabtu ini, 28 March 2009 selama sejam bermula pukul 8:30 hingga 9:30 malam, waktu tempatan. Mari kawan2, kita selamatkan BUMI... padamkan lampu anda selama SEJAM keh.. yeahh!!..

::My worst day...::

Hari selasa yang lepas merupakan hari yang agak malang bagi aku.. After balik dari makan kat anjung biru, aku balik la kat umah. then mandy2 sume.. sempat gax la menyanyi2 testing suara. huhu.. kuar je bilik air, ntah camne ntah aku bleyh gedebuk~ jatoohhh... aiyakk!! Rupe2nye aku terpijak air kat dpn bilik.. tangki atas kt umah bocor and aku la mangsa yang petama kat umah tuh yang tejatoh. waktu tejatoh tu, aku terlanggar toiletries kat tepi tangga. Abes tegulek2 toiletries mas. Dak2 umah waktu tu kat dalam bilik. sume pun tekejut. Diorang ingat aku yang jatoh tegulek kat tangga. bunyi toiletries jatoh tu gile kuat.. sume pn kuar tengok ape tejadi. Aku xtau nak cakap ape waktu tu.. yang pastinye, jatoh tu membuatkan aku sakit.. kesannnye..... Lebam2 bdn aku... hohoho.. yang paling sakit kat tangan la.. Adoiyaiii.. Malangnye naseb aku...

Thursday, March 19, 2009

::Saya dan Coklat::

Jika bercakap tentang coklat, saya akan menjadi terlalu obses. Ya! Saya memang penggemar coklat. Bagila saya apa sahaja jenis coklat, terutamanya coklat Cadbury Hazelnut, saya akan tersenyum sepanjang hari. Saya akan menikmatinya dengan kepuasan yang tidak terhingga. Sekiranya saya tidak makan nasi sepanjang hari pun, saya tidak kisah. Cukuplah sekadar satu bar coklat berada di dalam tas tangan saya. Kawan-kawan saya pun berasa cukup pelik dengan kegilaan saya ini. Malah, ada yang berasa pelik kerana walaupun saya gemar makan coklat, namun berat badan saya masih seimbang. Sebenarnya, secara saintifik, ramai saintis telah membuktikan bahawa dengan memakan coklat, seseorang itu tidak akan menjadi gemuk sekiranya bijak mengawal pengambilannya. Malah, kajian telah menunjukkan bahawa dengan memakan coklat, ia akan menjadikan pengambilnya berasa ceria dan gembira. Selain itu, ia juga baik untuk jantung. Malah, menurut sebuah akhbar baru-baru ini, seseorang yang makan coklat akan menikmati kepuasan dan kegembiraan yang lebih lama berbanding apabila mereka bercium dengan pasangannya. Nah! Ini secara jelas menunjukkan bahawa pengambilan coklat dengan seimbang dapat membawa 1001 kebaikan kepada penggemarnya. Jadi tidak hairanlah kenapa saya boleh terjebak dalam kegilaan coklat.

Saya masih ingat lagi sewaktu kecil-kecil dahulu, emak sering kali membeli coklat untuk saya apabila pulang dari pasar. Saya akan mengambilnya dari peti sejuk. Mungkin inilah penyebabnya bagaimana saya boleh menjadi penggila coklat. huhu(^_^)

Sunday, March 15, 2009

::InFo Skeyt Untuk Korang..::

Di bawah ini disenaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia:



1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat RM7,000 ke RM8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.



2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup pula bertekak sampai sejam dan mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.



3. Pelanggan ditengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.



4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai yang ke tempat kerja dengan pakaian seksi ( baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).



5. FAM sibuk mencari punca terjadi pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'.



Lana SaYs: Huh~ Xtau la ape nak jd skarang nih...